Friday, May 4, 2012

Hari ini dlm Sejarah

Okeh sangat rindu dengan blog. Hari hari nak hapdet kalau boleh. Tumpang lalu.
Kepala pening ah. Terlebih tidur la ni. Ishishish tak senonoh betul perangai. Harap cepat berubah wahai diri.
Tadi tengahari makan ikan goreng dgn nasi goreng! Yay! sedap sangat Raihan masak. Bagus bagus. Makin cepat la aku mengembang nampaknya. Lepas makan nasi ngan ikan goreng tadi, aku lalu sebelah Rai. Die kata "asal ko bau ikan ni?!" Hahhaha kurang asam.

Tadi aku makan nasi dan ikan goreng dlm mangkuk comel warne pink tu. Wah, tetiba rasa benar-benar seperti seekor kucing peliharaan. Lengkap ciri ciri dia. Kahkahkah tah pape.

Oh ya.

Pagi tadi, buat julung julung kalinya, aku telah pergi bersukan! Yahuu!. Aku main basketball (hooray), aku lari 11 rounds court basket (hooray) pastu kan, jari manis aku injured kot. Bengkak dah ni. Aku dah kate dah. Aku nak main badminton, tapi kat sini takde. Tah pape. Tunggulah nanti tahun depan ke aku buat demonstrasi cara bermain badminton kat Mesir ni.

Sebenarnye,

Aku ni pemalas nombor satu bile bab bersukan. Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi cihwah gelis ah tiqah neh. Aku on je insyaAllah kalau ada orang teman. Kalau takda orang teman, tu yang malas sikit tu. Mesti ah pempuan mesti kena selalu berteman. Tak pernah dengar ke ayat ni:

Perempuan itu tidak boleh bersendirian. Semasa kecil dia dijaga ayahnya, semasa dewasa die dijaga suaminya. 

Haaaaa see see. Ini cendekiawan yg cakap. Bukan aku cakap tau. So, tetiba aku rasa rindu pada keluarga aku. Apakah? Hehehe. Ok dah dah.

Tanggungjawab sedang menanti. Jom siapkan workbook jom. Ahhh dah macam zaman buat KUMON plak workbook workbook neh. Mengada! Tapi workbook module ni best la soalan die. Tak susah sangat tak senang sangat. Nus nus. Fifty fifty. Eh melalut lagi. Ok dah.

Bye. Salam 'alaik. :)

No comments:

Post a Comment