Aku malas laaaa. Malas sangat-sangat. Sangat malas macam nak hantuk kepala kat dinding. Tapi takkan lah aku gila mahu mencederakan diri sendiri. Cari penyakit namanya itu. Dahlah runsing perihal passport hilang! Nak mencarut tak boleh. Nak mengamuk macam over sangat pulak. Passport je pun bukan maruah hilang. Kahkahkahkah. Eh, teruk betul contoh tu. Nauzubillah. Aku sangat malas nak baca buku ni. Aduiiii! Bile rajin nak datang ni? Tahu tak, esok kan, aku plan nak pergi Carrefour. Ada winter sale tahu tak?! OMG, peluang keemasan ni. Clearance sale summer items! Tapi aku tak boleh pergi. Memang major turn off. Tapi nak buat macam mana. Aku ada sharing lah esok. Fikir punya fikir, lawan punye lawan nafsu aku, maka, keputusan akhir telah aku capai. PERGI SHARING! Kadang-kadang, hati perlu isi jugak. Bukan dengan duniawi tapi akhirat juga. Huhu. Sebab memang betul lah, aku dah lama tak didik rohani. Dah kemarau. Kalau takat semayang sehari semalam ngan baca Quran, semua orang pun buat. Apa lah sangat. Bukannya hafal pun semua maksud bacaan tu. Astaghfirullah. Ih, aku suspek, sekarang syaitan tengah duduk atas buku aku ni. Sebab tu aku malas nak baca buku. Tolong tolong! Tolong halau die dari buku aku.....!!!!
Ih, mencik lah!!!! Benci benci benci!!!! Macam mana boleh hilanggggg?????!!!! Tak fair lah kalau aku nak salahkan orang atas sebab tak jaga betul-betul. Banyak kot diorang pegang passport. Takkan lah tak siuman pulak pergi kelas tak bawak beg lalu membawa passport secara pukal kat tangan, lalu berjalan dan tercicir dalam longkang? Sangat mustahil lah bukan, sebab setahu aku sr semuanya berkaliber. Ada ke sr pergi kelas tak bawak beg? Meh sini jumpa aku, aku nak sound sikit. Terlalu gila rasanye tekaan aku tu. Ihhh, aku tension lah macam ni. Passport itu nyawa pelajar oversea, tahu? Tak tahu aku beritahu sekarang. Macam )*&^%$## sangat lah kalau sengaja hilangkan passport orang! Ihhh!!! Aku tak tahu nak salahkan siapa. Aku sedih! Ihhhh!!!
Sekarang aku rasa aku dah tahu apesal aku malas. Sebab aku fikir pasal passport. Sebab aku dah kelaut ni. Otak kat passport, mata kat buku sama macam baca buku, tak masuk pape. Justeru, tak payah baca buku sebab tak dapat ape-apa. Ihhhhh! Banyak betul ihhh aku ni. Ye, ih same dengan benci! same dengan ihhhhh malas lah nak explain! Esok TBL. Aku tak baca pape lagi! Malas lah! Gilaaaaaa!!!!!! Ok siapa baca ni jangan cakap pape eh. Karang dengan kamu sekali aku ihhhhhh panjang-panjang dengan tanda seru. Aku tengah emosi gila ni. Tapi kejap lagi insyaAllah ok. Sebab orang takda emosi waktu tidur. Kalau die ade jugak, maknanya die tu seorang hiperaktif. Tahu tak punca hiperaktif tidak diketahui? Tapi ia run dalam family? Maksudnya, kalau datuknya dulu seorang hiper, maka anak mungkin akan hiper juga. Wah, tiba-tiba post emosi ade cerita ilmiah. Hahaha.
Ih, aku sejak duduk rumah ni memang malas betul. Sebab aku tak nampak orang study gile-gile sangat kot. Ade je si fatin tu selalu study. Tapi die sorang je. So aku takda rase pape sangat. Cuba kat asrama dulu. Masuk bilik ni tengah study, masuk bilik hujung study, masuk toilet tengah gosok gigi sambil discuss. Tak ke bapakkk tension nye aku?! Bapak kan. Ih, teruk betul lah aku malam ni. Biaselah, emosi. Haha. Ok lagi sekali. JANGAN KOMEN APA-APA KAT ENTRY NI. Siapa komen, die lembu! Hahahaha.
Bile orang emosi berkata-kata, nasib lah siapa amek hati. Aku dalam mood tak kisah hati orang lain. Sebab hati aku ni pun not in a good shape. Maka, sebagai seorang manusia aku perlu utamakan hati sendiri sebelum hati orang lain. Sekian. Aku harap aku rajin esok hari. Dan aku harap diorang jumpa passport aku balik. Or else, aku saman semua SR-SR atas kecuaian mengendalikan nyawa pelajar!! Hahahahah.
Sekian, JANGAN KOMEN.
No comments:
Post a Comment