Assalamualaikum.
Huhu. Apesal kena huhu pun tak tahula. Well, semalam punye malam, aku telah dihangkut oleh baba dan mama utk pergi open house. Wah, bestnya!
So, 6.30 ptg keluar dari rumah heading to UTM. Dalam hati berdoa kalau boleh (kalau bolehlah) nak konon-konon terserempak dengan kawan-kawan yg dikenali yg belajar di UTM. Tapi malangnya, telah tiada. Aku pun mengeluh dan blah. Ok tak. Aku tak blah. Aku pergi rumah kawan mak buat open house dan makan nasi beriyani serta daging beriyani serta satay ayam dan daging serta sup bersama roti lembut.
Masa kat rumah kawan mak, ada seorang aunty ini. Dia melanjutkan pelajaran pascasiswazah (postgraduate atau PhD) di UTM. Yg menjadikan beliau lain sedikit, sebab beliau bukan orang Malaysia tetapi Pakistan. Makanya, aku yang duduk paling hampir dengan beliau telah diajak berbual. Dengan English aku yg hidup segan mati tak mahu ni (apa ingat aku teror sangat speaking?) mujurlah, kami berjaya berbual-bual. Tehehe. Beliau berkata makanan kegemarannya adalah Tom Yam dan ayam kunyit. Sedang kami rancak berbual, secara tiba-tiba dan di luar kebiruan, suaminya hampir terjatuh kerana kaki kerusi yang dinaikinya eh didudukinya termasuk di dalam longkang. Aku adalah sedaya-upaya mentahan gelak kerna uncle itu bukanlah orang yang kukenali. Lain lah kalau Abe yang hampir terjatuh, mahu roboh sebiji banglo mendengarkan kuasa gelakkan aku. Ok Abe, jangan panas. Aku sekadar bergurau sahaja.Ok, kalian tentu menyampah dan mensampah pabila membaca tulisan bakuku yang seperti robot ini, bukan?
Ok dah habis. Aku tulis macam biasa.
Lepas pergi tempat mama, kita pergi tempat baba pula. Aku adalah feeling-feeling seperti anak tunggal malam semalam. Wah, bestnya! Semua perhatian mereka tertumpah (ehhh terstart baku robot balik lahhhh) kepada aku. So aku sangat gembira. Tapi kegembiraan aku tak bertahan lama sebab hampir semua orang bertanya ''Bu, mana anak engkau yang lain? Yang ni je ke?'' Ini adalah salah satu bentuk spoiler. Haha. Tapi memang tak best pun takda adik beradik yg join. Kalau tak, boleh aku buat buli amekkan barang sepinggan dua pinggan nasi dagang. Kiteww maluwww. Hahahaha.
Ketang keting ketung Alexandriaaaa! Perut dah terisi hampir penuh menandakan masa utk balik ke rumah. Abah kalau dah jumpa kawan, nggak bulih dipanggil pulang. Memecah tradisi! Tapi aku tak kira! Nak gak balik, nak gak!!! Biaselah anak manje. Hahaha. Weih tipu je. Kemahuan aku tidak dituruti semuanya sekali jadi aku tidak Manja! Finally, dapat jugak mentarik Abah keluar dari kelompok sahabat-sahabat sepekerjaan (colleagues) lalu pulang ke rumah.
Aku rasa best jugak kalau study kat UTM ni. Kalau dia ada medic lah kan. Aku Engineering? Adakah aku demam malaria sewaktu mendaftar dahulu? Nehi nehi not my taste baybehh. Ok, aku kata UTM best sebab semua fakulti terletak dalam satu kawasan yg dipanggil UTM (of course Tiqah). Boleh jumpa ramai kawan. Boleh jogging, boleh tunggang kuda (eh dulu UTM ada kuda tau, sekarang tak tahu ape ceritanya), boleh morning walk, boleh kayak, boleh jalan-jalan pergi rumah kawan dengan selamat dan tenteram. Kalau Alexandria University, Egypt (nama nak penuh aje), fakulti dia bersepah-sepah. Kuliyah Tib (medic) kat Mowassa satu, kat Azarita satu. Kuliyah Handasah (Engine) depan Kuliyah Tib. Kuliyah Tijarah (business) kat sebelah tram. Jadi, semacam tak bersatulah students dia. Kalau kat UTM kan boleh gather sesame buat MPP la apela. Ada wakil from each faculty. Kat Egypt mana ada. Tapi, aku takdelah kisah sangat. Sebab ramai-ramai pun akan menserabutkan otak. So, just let it be like this.
Sekian sahaja berita malam tadi. Sekian.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment