Saturday, July 2, 2011

Tampai Gigi Berlubang

Assalamualaikum.

Hmmmm, mengeluh panjang. Aku lapar tapi aku tak boleh makan. Macam mana ni? Eihhh sangat durjana perasaan ini.

Situasi semasa:

Perut aku berkoncong (baca: berkeroncong) dan tak dapat berhibur tengahari sebab lidah aku telah lumpuh! Aku ulang lumpuh! Lumpuh! Aku rasa macam orang kurang upaya. Ni gara-gara aku baru lepas tampal gigi. Bahasa omputehnye filling. But the fillings are awesome! Gahhh, gigi dah tak ngilu aww aww lagi macam dulu. Boleh makan aiskrim guna dua-dua belah gigi lepas ni, yahoooo!!! Tapi, tahu tak kau pengorbanan yang aku terpaksa lakukan? Takut gila nak tampal gigi tadi. Aaaaaargh, bisa roboh klinik tu kalau aku jadi menjerit tadi. Tapi, Alhamdulillah, iman aku masih kuat dan teguh sekaligus mengelakkan aku jadi pompuan tak bertamadun kat klinik tadi. Kahkahkah.

Mula-mula sekali, doktor letak topical cream kat gusi aku. Pastu, doktor kate die nak inject ubat bius. Aku dah menggeletaq kepala lutut. Whattaaaaa! Sakit sangat ke tampal gigi ni? Bukan tampal sahaja kee? Kenapa nak guna bius??? Cuak gile, tapi kite kena control. Aku tau aku ni duta kecik dari Malaysia. Karang tak pasal-pasal doktor tu tuduh orang Malaysia lembik disebabkan kelembikan aku sorang. Kahkahkah. Masa doktor inject gusi tu kan, Oh Em Jayyy aku boleh rasa jarum tu masuk dalam gusi ewwwwwww ewwww. Sangat puaka la perasaan takut aku tadi. Semuanya demimu Malaysia. Aku gagahkan jugak buat muka cuak-cuak puaka. Eiiihhhh tapi apa-apa pun, aku telah berjaya. Yeah, aku berjaya. Korang lepas dengar citer seram aku ni gerenti taknak tampal gigi lagi kan. Kahkahkahkah.

Skarang ni, kesan bius tu masih ada. Aku rasa mulut aku besar sebelah. Lidah aku keras macam kayu. Nak audition Akademi Al-Quran gerenti tak lepas ni. Tak tartil. Nak sebut S pun tak boleh. Nasib baik tadikan, masa tahan teksi nak balik asrama, pakcik tu paham apa aku cakap. Nak ditakdirkan pulak asrama Mara letaknya kat kawasan banyak huruf S. Lagilah......Sezuuszzzztriszzz??? Macam tu kot bunyik aku cakap tadi. Damn gila ah.

Ahh, aku lapar.....Dan mulut aku besar.....Dan lidah aku lumpuh.....Dannn tak ada dan lagi dah....Doktor tu tipu! Dia kata bius hilang dalam 1 jam. Ni sudah berjam-jam.....Ahhhhh. Baik aku ngorok sejenak. Alang-kepalang, bila bangun nanti bius dah hilang. Semoga berjumpa lagi. Ha, next entry aku nak tulis pasal Matrouh! OH EM JEYYY best gila Matrouh...!!! Siapa tak pernah pergi memang rugilah dia....!!!! OK sedikit sebanyak intro tentang Matrouh. Kahkahkah.

Entry ni khas ditujukan buat sahabat-sahabat bakal dentist sekalian alam. Terutamanya Ismatul Nabila dan Siti Hajar. Gigi aku dah bertampal dah...! Haha, buat betoi-betoi exam na..!

Wassalam.

2 comments:

  1. hahah ngok gilerr tiqahh macam nk branakk citenyee

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHA kesian aku dingokkan oleh farahh. HAHAHAH. seriouslah, cuak tau aku tadi....eiiiii....aku takut mlm ni nightmare. =P

    ReplyDelete