Sunday, March 13, 2011

Kita kena sedar yang.....

Hai, entry bersiaran lagi. 7 hari akan datang sila balik ke Universiti ! (Ayat suruhan)

Hari ni aku rase something yang tak tahu lah nak describe cemane. Aku rase kengkadang aku ni terlalu tunjuk yang aku happy sampai lupa orang sekeliling aku yang tengah sedih-sedih ni. I am so sorry. Tak bermaksud pun nak melupakan orang sekeliling. Ingat tu ingat. Tapi. Biase lah, manusia. Mesti pikir diri sendiri dulu kan. Kan. Kalau tak, suka hati kau la.

My deepest condolescence goes to Japan and its people, also Malaysians who were involved in the unexpected tragedy. World is already old.. Teringat pulak kisah Isra' dan Mi'raj. Kan ade perempuan tua yang dah bongkok tu, Nabi Muhammad SAW jumpe. Usia perempuan tua tu lah usia bumi. Nabi dah tinggalkan kite lebih 1432 tahun dah. Campur-campur semua, dah berapa tahun agak-agak bumi kita ni? Dah bongkok cecah mane lah perempuan tua tu tadi? Ya Allah, keep myself insaf always with things happening around me.

Tadi jugak, jalan-jalan kat facebook. Pastu aku terjumpa page arwah kawan aku. Dia pergi tahun lepas, mase aku kat kolej. Aku pun tak sangka seawal tu die pergi sebab aku tinggalkan dia dalam keadaan dia sihat, ceria as always, berkaliber as always and his life was full of tremendous achievements and I am really proud of him till now. But suddenly, I received an SMS saying he has gone due to lung tumor. Aku tak la rapat sangat dengan dia kat sekolah dulu tapi aku pun ada memori jugak ngan dia. Kitorang dulu satu kelab Inovasi, kelab yang konon-konon gah kat Maahad dulu (tapi memang gempak pon CEH CEH CEH) sebab budak yang join sume dapat good result dalam PMR. And yeah kitorang pernah berbual, berbincang, gelak-gelak sesama dalam kelab tu. Dan bila aku baca balik tentang dia hari ni tak dapat tidak, aku sayu lah jugak. Meleleh lah jugak. He has been a very good friend to me and lots others. A rolemodel he was. Baik dari segi jasmani dan rohani. I don't know if what I do now is a tribute or what tapi macam tribute tapi macam tak. Ok aku pun dah pening kepala.

Apa-apa pun, InsyaAllah aku akan sentiase ingat dia, nama dia, zaman sekolah kitorang sepanjang hayat aku. Aku ni pun hidup tah sampai bile. Entah-entah lagi satu tahun je. Kite mane tau kite mati bile kan. Tapi kita tak pernah nak hayati, renung-renungkan maksud 'mati'. Ya Allah, takutnye aku. Ok, aku nak gi semayang Zohor dulu. When people says they are afraid of death that means they are not ready for it. So, prepare yourself before you are prepared. Dah semayang, semayang.

Kau, dah semayang belum?

No comments:

Post a Comment