Monday, December 6, 2010

Coffee Roastery

Malam tadi. Lepas habis cungkil gigi. Kami sangat kelaparan. Seperti singa yang sedang memburu. Kami lapar sangat. Seperti kebuluran. Jadi kami mahu cari makan. Tapi sebelum itu, kami perlu jalan-jalan. Untuk mencari kedai makan.

Kawan-kawan saya semuanya kuat makan. Tapi saya paling tak kuat makan. Jadi, kami pun bercadang untuk makan di Coffee Roastery. (Kembali kepada cara penulisan original)

Sape tak pernah pergi CR ni memanglah rugi. Dia memang mahal tapi memang berbaloi la. Sangat lah menggigit jari jikalau tak pernah pergi. Sebab die sangat sedap sampai kami semua pun terpesona. Portion pun sangat besar. Siap boleh kongsi kongsi lagi. Tapi kalau lelaki, rasanya tak boleh kongsi. Sebab saya tahu perut lelaki sangat besar. Sebesar-besar perut perempuan, sekecil-kecil perut lelaki. Yeah, itu perumpamaan paling tepat.

Masuk CR mestilah buat muka seperti anak Husni Mubarak. (Oh tak rela nya!) Eh pandai-pandai je. Aku masuk CR masih ingat pada ibu bapa ok. Mestilah membawa muka En. Abu. LOL

Buat entry pasal makan ni, tak perlu banyak cakap sangat. Yang penting gambar dia. Cakap je tak cukup nak kasi orang drooling. So here it goes.

Eh lek lu. Yang ni jangan drooling dulu. Biase die. Ini kawan-kawan saya. Dear sangat!


Ini pun sama, sape dah drooling tu boleh istighfar banyak-banyak. HAHAHA

Italian Chicken with Mozarella-something like that. Served with mashed potato and rice.

Chicken with cheese mix sauce-something like that.
Served with white sauce fettuccini(spagethi leper) and mashed potato


Ini desserts. Banana split and Oreo Madness. Sedap gila! Sampai masuk mimpi, kau! HAHA. Tipu je.

Tak sempat nak amek banyak gambar sebab tuntutan perut perlu didahului. Sekian sahaja entry pemuas feeding centre hari ini. Sekian, sila undurkan diri.

2 comments:

  1. mantap wehh...
    nanti abg datang sane,, bawak gi makan sini k..
    berape harge yg mahal sangat tu??
    klu makanan tadi setakat rm 15 sebelah mate je rul makan,, x yah fikir2... beli je..
    klu dah up to rm 30 pon ok lagi tu..
    coz klu kt sini 300 roubles/ rm 30 tu , abg ngap je..klu lebih dari tu,, mungkin kene fikir2 la..
    =)

    ReplyDelete
  2. haaa, mantap kan. sedap gile! em harge die lbey kurang 45le. tapi portion die mmg besar. kenyang gile. tp x bleh mkn selalu la kan. lol

    ReplyDelete