Monday, December 6, 2010

Hebatnye Dia

Salam Maal Hijrah untuk muslimim muslimat. Semoga bahagia hendaknye. Moto tahun baru ini; Tingkatkan amal dan perbaiki diri ke arah yang ma'ruf. InsyaAllah.

Hari ni aku bangun lambat gila sampai tersadung kaki depan pintu time rushing nak gi kelas tadi. Sakit nye ibu jari kaki macam hape. Rupenye ade darah beku. Sampai tergurit kuku aku, even aku pakai stoking tadi. Punyelah kuat aku tersadung. (Macam tak perlu cerita benda ni kan, tapi takpe lah)
//
Semalam, kite orang pergi dentist macam biase. Angin malam tadi Ya Allah kuatnye satu macam. Habis mata masuk pasir dan debu-debu. Macam nak terbang je rase. Aku yang besar ni pun rase nak terbang, mereka yang kecil apatah lagi. Jadi, bayangkan kekuatan angin yang mampu menterbangkan haku yang besar ini. Pastu compare dengan angin di Malaysia.

On the way pergi dentist kan, kitorang jumpa satu mamat arab ni pandai cakap melayu dalam tram. Terkejut gua. Haha. And impressed too. Tetibe je die cakap 'Boleh saya bercakap dengan kamu?' LOL. Pastu berbual ngan die. Kite orang ni memang jakun ah sebab bukan senang beb nak jumpe orang asing pandai cakap melayu. Dah la live. Setakat tengok kat youtube, ape barang..(no offense) Haha.

Mamat ni cakap melayu lawak gile. Biaselah, level orang asing kan. Baku kau. Ada tunggang terbalik sikit. Antara ayat yang die cakap semalam:

''Saya tak suka orang Mesir. Mereka ni kuat penipu. Pencuri. Banyak sifat munafiq di sini.'' (Ha dengar tu siap imbuhan lagi.)

''Kalau ada orang cakap kamu ini Korea, Jepun atau buya-buya, hungga-hungga, kamu jangan dengar. Mereka itu babi, bodoh.'' (HAHAHAHA, yang ni paling lawak. Kitorang tak percaya dia pandai cakap 'ba**. Sapa ajar tah memang tak bertauliah betul)

''Kalau saya suka perempuan Melayu. Mereka cantik dan lembut. Tapi kalau lelaki Melayu suka perempuan sini. Kamu kata kamu suka lelaki hidung macam saya, tapi saya suka perempuan hidung macam kamu'' (Ha yang ni paling ah. First, aku tak cakap aku suka laki hidung mancung (tapi kalau dapat Alhamdulillah) pastu die nak kate hidung aku tak mancung lah tu, kureng!)

Tapi memang serious lawak. Aku cakap ngan dia sikit, aku gelak. Sikit-sikit gelak. Macam tak percaya die pandai cakap Melayu. Ni antara benda fun ah semalam.

Ada lagi benda fun yang jadik malam tadi. Contohnye entry selepas ini. Sumenye berpunca dari dentist appointment.

No comments:

Post a Comment