Monday, August 16, 2010

Kegemaran baru


Salam 'alaik people. Entry dimulakan dengan sepetak gambar Mat Salleh.

Aku sekarang punya kegemaran baru..Yang atas ni ialah kegemaran baru aku. Ih ih ih, bulan bulan puasa ni...Hikhikhik.

Kegemaran yang baru itu ialah mendengar lagu Declan Galbraith, si handsome di atas ni. Ya, aku gerenti ramai tak tahu dan tak kenal sape makhluk ni. Dia ni seorang duda (booo tak lawak) seorang budak lelaki. Penyanyi. Mat Salleh. Tapi bukan dari Sabah. Dia UK borned. Ya Allah, suara dia sangat sedap, I tell you. Macam susu Dutch Lady full cream baru keluar peti ais diminum waktu buka puasa. Fuhh, sedap gila.

Vokal dia pun mantap gilak, I tell you. Apesal semua nak ade 'I tell you'?? Annoying kan. Haha. Lantak. Aku tak tipu. Kau nak contoh? Dengar sendiri lagu Walking In The Air ni. Kalau kau tak teruja dengan kuasa vokal supersaiya die memang ah kau tak berjiwa seni. Haha.

Aku setart kenal die ni bila sorang kawan transfer satu lagu dia dalam pendrive aku. Mula-mula, saje je nak try dengar, sekali hamek kau, aku terus addicted tak boleh off lappy terus. I can't get enough of his voice seriously wei. (Hey aku ni. Kalau dengar suara Nabi Daud a.s nanti camne la ek?)

Sekarang dia tak aktif sangat buat album. Dia tengah study lah. Tak baik ah kacau orang study. So kite bear je la dengan lagu-lagu sedia ada die. Dan Wallahi, aku tak tipu, dia dah berjaya masuk senarai penyanyi top tangga nombor satu di hati aku. Lagu dia sedap. Suara dia pun sedap. Muka pun boleh tahan kacak. Hahahaha. Yang last tu tak boleh blah. Haha

Btw,aku jijik tengok video klip Alejandro-Lady Gaga. Menjijikkan. Benci gila. Awalnya, aku semacam rasa lagu tu menarik, sebab tu rasa nak mentengok videoklip nya. Ya Allah, menyesal aku bukak videoklip haroman tu. (Memetik perkataan bos KiTT 2010;saudara IRZ. IRZ macam jenama motor pulak, opps jangan marah bos, gurau). Jadi kepada semua orang yang nak jaga hati, jaga iman, stay away from videoklip lady gagaK itu. Seriously, haroman I tell you.

Ok la, sekian sahaja bebelan kali ini. Lain kali, saya bebel lagi. Tataa....

Wassalam. =D

2 comments:

  1. ya salam....xhabis2 lagi ngan lagu nih...
    haha
    1st time ana dtg blog mu nih...
    !!!! اوع
    kang kantoi ngan bos.....hehe

    ReplyDelete
  2. Uhuh, thanks datang. =D
    No worries, kalo bos marah, aku panggil kau, mesti die sejuk balik. Hehe

    ReplyDelete