Tuesday, August 3, 2010

Alkisah bibik

Salam 'alaik people.

Hari ni aku nak merandom sejenak dengan blog dan sesiapa yang mahu join. Tadi tiba-tiba je aku teringat pada bibik-bibik aku. Tapi sekarang, dah tak pakai service bibik lagi sebab dah tak diperlukan. Mungkin.

Sebelum tu, semua orang mestilah tahu bibik tu apa kan. Bibik tu pembantu rumah. Aku tak nak panggil orang gaji sebab kedengaran macam sama dengan orang yang kerja makan gaji. Hoho.

Khidmat bibik digunakan oleh keluarga aku sampai aku Form 4. Dan memang ramai lah bibik yang bertukar ganti. Tapi yang paling aku ingat ialah Bik Tuti dan Bik Erni.

Bik Tuti:

Dia ialah bibik yang paling lama sekali berkhidmat dengan kitorang. Almost 7 tahun. Dan dia jugak yang paling garang. Dan dia jugak yang paling kuat pukul kalau kitorang nakal-nakal. Dan dia jugak yang introduce bakso kat family aku. Huhu. Dia sangat manjakan Ali dan Mur. Aku dan abang-abang? Kami digarangi sehabis mungkin. Mungkin la.

Tapi pengalaman yang aku tak boleh lupa dengan bik tuti ialah, peristiwa dia hantar aku pergi sekolah sebab tertinggal bas.

Masa tu darjah 2. Aku tertinggal bas. Tapi nak jugak pergi sekolah. Biasalah, budak rajin kot. Haha. So, nak dijadikan cerita, aku pergi sekolah jalan kaki dengan bik dan Mur. Mur kecil lagi waktu tu. Jarak sekolah dengan rumah agak jauh. Tapi dia sanggup jalan kaki, hantar aku pergi sekolah tengah tengah panas terik. Mind you, aku sekolah sesi petang, meaning masuk sekolah waktu tengahari. Sedangkan dia boleh je hasut aku yang baru berusia 8 tahun, untuk ponteng sekolah. Dan, hari tu, aku yang baru 8 tahun rasa sangat terharu dengan bik. Sedangkan orang yang takda pendidikan macam dia pun tahu kepentingan pergi sekolah tu. Aku ingat lagi. Hari tu waktu first subjek BM dengan Cikgu Ramli. Aku sebagai ketua darjah, kena conduct ucapan salam. Tapi hari tu, semua orang pelik sebab suara aku slow dan ada getar-getar nak nangis. Sedangkan hari biasa, aku akan conduct kawan sekelas dengan suara yang semangat.

Bik Ernie:

Ini bibik last yang berkhidmat dengan family. Dia masuk kerja masa kami adik-beradik dah besar. Aku tak selalu jumpa dia sebab aku duduk asrama. Tapi kerja dia sangat terbaik. Dia jugak pandai masak dan kreatif. Dia pernah buat keychain anak patung warna pink untuk aku. Dia pandai buat cadar katil, sarung bantal dan macam-macam la. Baju kait pun dia reti buat. Tapi dia tak lama dengan kitorang sebab dia tak sihat. So, dia terpaksa balik Indonesia dan berubat kat sana. Khabar latest dari dia: Dia dah sembuh dan sambung kerja kat Malaysia. Aku rindu nak makan nasi ayam penyet ngan soto dia. Memang terbaik!. Haha.
//
Pada aku, senang kalau ada bibik ni. Tapi dengan syarat perlu pandai cari. Tak nak lah bibik yang lari, kerja sambil lewa, banyak pakwe, dera anak orang and whatever. Tu la antara risiko ada bibik. Kena pandai jaga. Kalau aku diberi pilihan, bibik yang berumur lebih bagus dari yang muda. Average umur dalam 40s la. Sometimes, kalau nasib baik, boleh dapat bibik yang pandai mengaji, so anak boleh belajar dari dia je. Kan senang tu. Tapi mereka jugak insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Yang serius pun ada. Contohnya, aku pernah terjatuh dari kerusi time dijaga bibik waktu umur aku 2 bulan. Eh ke 2 tahun ha? Alhamdulillah takda efek kepala senget or whatever. ALhamdulillah, syukur sangat sangat.

Bila dah takda bibik, awal-awal aku rasa susah gila! Tu la, tak pernah buat air, masak, basuh baju, sidai baju, lipat baju, susun baju blalala. Tapi bila dah lama-lama, boleh adapt la. But still malas-malas lagi sebab tak biasa. One thing when you have someone to do works for you; you'll be like this. You know how to do the work, but you don't make effort to do it as you know someone else gonna do it for you. And that's what happen to me back then.

Tiba-tiba aku boleh terkeluar idea nak berblog pasal bibik. Kelakar lah pulak aku rasa. Haha. Takpalah, sekali-sekala, serius siket.

Till then. Wassalam.=)




No comments:

Post a Comment