Monday, May 3, 2010

Kaw Tim Pak Kong Yaw, Uncle

Aku baru balik dari kedai depan rumah. Tadi tu pergi suruh photostat je. Kali ni pergi nak amek kertas kertas yang dah siap diphotostat.

Tengah nak bayar tiba-tiba nampak seseorang yang macam dikenali. ''Eh, cikgu Shukor.!!'' Excited lah kan. Perkenalkan Cikgu Shukor, cikgu Matematik darjah 3 saya. Beliau dulu pun pernah hantar saya balik rumah lepas tution English ngan Teacher Shamini. Terima kasih cikgu.

''Eh Atiqah. Awak dapat mana?'' tanye cikgu.
''Saya dapat..........''
''Ok, tahniah, jaga diri baik baik''.

Sekejap je bual ngan dia.

Wuhuu, seronok dapat jumpa cikgu yang dah lama tak jumpa. Lepas bayar semua, aku pergi beli roti Gardenia, mak suruh tadi. Pastu pergi kedai stationaries kat sebelah kedai Mahad untuk beli notebook. *Woh, ini orang Undan jek tahu*. Wehehe. Aku tak beli kat kedai photostat tu sebab tak banyak choice.

On the way pergi kedai Uncle Wong, (aku tibai nama dia), aku terjumpa seekor anjing kurap. Tapi aku rilek je. Wa tak gentar anjing beb. Wahaha. Oh cakap bosar nampak.

Aku pun pergi kat rak buku nota. Pilih mempilih, setelah berkenan, bayarlah pulak.

Uncle Wong: Eh you photostat banyak banyak kedai mana?(sambil refer kertas kertas kat tangan) Kenapa tak jumpa uncle saja? You pergi kedai atas ah? (kedai atas tu kedai photostat tu la)

Aku: Ha'a uncle. *sambil gelak kecik saje

Uncle Wong: Dia bagi you 5 sen ah satu keping? Takpa, next time you mau photostat pergi sini saja. Saya boleh bagi you 5 sen jugak.

Dalam hati cakap ''Yelah tu uncle. Hari tu saya pergi sini, uncle charge 10 sen. Hari ni tiba tiba jadik 5 sen pulak?''

Kesimpulannye, aku dilema nak pilih kedai mana untuk beli alat alat tulis.

Kedai atas selalu bagi diskaun. Kalau takat 30 sen, die boleh bagi free jek. Regular customer lah katekan. Kalau kedai bawah, dah lame aku tak pergi, baru nak bagi diskaun.

Jadi, sudah jelas bukan yang mana harus dipilih?
Wakakaw. Takpa Uncle Wong, adik saya suka pergi kedai uncle. Nanti dia balik, saya suruh dia datang you punya kedai. Okeh ah uncle. Kaw tim pak kong yaw.!!

Notes: Peniaga Cina memang bersemangat waja kalau bab menarik pelanggan. Ok, hands down. Kedai Cina memang lagi bagus dari kedai Melayu. Ada yang feel offended? Sila perbaiki mutu layanan dan barang barang jualan anda. Terima kasih.


4 comments:

  1. Haha. Oh yeke. Ok Ad thanks bitaw. Aku dah bertahun gi kedai die still tak tau name sebenornye. Hahaha

    ReplyDelete
  2. haha..
    tp aku pggil dia ah chai!
    haha

    ReplyDelete
  3. Hahaha. Okeh2. Nanti aku try panggil die, Ah Chai! Hahaha

    ReplyDelete