Monday, April 19, 2010

M A K S A A L A H

aku tatau badai ape melanda nafsu berbelanje aku skang ne. nak barang mahal mahal je. branded branded. pukal tak mau. ish, apesal tah. naik emo dengan diri sendiri..'ey ko apehal ha??' sambil ketuk ketuk jantung. apesal jantung pun aku tatau la.

boleh plak aku berangan nak guna syampu L'Occitane. uih, die punye ayat promo memang tak boleh bla. tambah lagi disokong oleh testimonial positif yang punye la banyak daripada pengguna pengguna beliau. semua puji bau nya yang wangi, kesan yang positif dan apatah lagi. memang sangat meng'up kan nafsu nak beli benda tu.
M A K S A A L A H nye skarang ne, 'ko ingat ko ne banyak duit kah' sambil membentak dalam hati? note: harga syampu mencecah ratusan ringgit untuk 500ml.

ha, itu satu. yang nombor dua nye pulak, aku boleh berangan nak pakai wedge flip flop ipanema gisele bundchen apatah name beliau aku malas nak cakap panjang. yang ini pun satu lagi M A K S A A L A H negara jiwa aku. apekes tah meracau racau dalam tidur nak wedge flip flop ini. oh apakah??!!
oh apakah kita kan teruskan.....lagu Siti dah keluar da.....nama jenis footwear tersebut pon sudahla panjang, sudah la wedge, flip lagi, flop lagi. kan dah terpanjang panjang pulak entry picisan ne.

kalau nak beli barang mahal mahal tunggu ko nak kahwen la sister. time tu suruh la laki kau bagi hantaran satu dulang barang barang L'Occitane. atau kalau ko memang hard core gilak gilak punye fan si L'Occitane tu boleh mintak 2 dulang. boleh, takda maksaalah. yang penting ko kene pastikan laki kau tu berpoket tebal setebal kamus dewan edisi keempat. (mungkin belum cukup tebal)HAHAHA, memang materialistik. wooh, jangan jangan, kang ade yang tak kahwin kang. 'eh tak tak, aku ne bukan la jenis materialistik sangat' KAH KAH KAH KAH. ayat cover tu kak jah, kemain lagi kau.

ini entry picisan dan emosi daripada tuan tanah yang tengah dilanda badai nak sangat bershopping barang mahal mahal seperti die anak jutawan besi buruk. ntah papa la tah. mungkin sebab abang di moscow sudah mahu pulang? sebab dia kate nak bawak kami adik beradik shopping. tapi possible kah abang tersebut nak beli syampu ratus ratus bagi kat adik? HAHAHA, aku yakin mesti tak punye. super yakin. like yakinnye aku bahawa 12X12=144.!!punye la yakin. see..

ok la fine fine. tak yah pikir dah pasal syampu dan kasut mahal mahal ne. apatah yang hebatnye. biarkan biarkan. tunggu ade hospital sendiri atau lebih otai ade laki (asek asek laki) yang ada kedai jual kereta 100 outlets di Malaysia, baru boleh pakai benda benda mahal tak ingat sebegini. (tapi hati kecil belah kiri masih mahu benda benda ini.) apatah???

*sesungguhnya membazir itu amalan syaitan*......(tazkirah dari hati suci belah kanan)


kesimpulannya entry ini memang picisan tahap hardcore tak boleh blah blah blahhh...dahla aku nak blahhh....



No comments:

Post a Comment