Showing posts with label takde motif. Show all posts
Showing posts with label takde motif. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Hari-hari masak.

Sekarang pergi kelas, kat celah-celah kuku warne kuning. Macam geli tapi tak. Sebab semalam jenuh selet kunyit kat ayam. Pastu, orang datang, makan, pastu habis. Esok pergi pasar, beli ayam lagi. Pastu jalan sorang-sorang kesian gile aku rasa, balik rumah. Pergi dapur, basuh ayam pulak.

Persoalan: Ni nak masak ke nak belajar?

Jawapan: Untuk belajar perlukan nutrient yang mencukupi. Nutrient terbaik datangnya dari masakan yg berkhasiat contohnya ayam goreng. Maka, memasak adalah perlu untuk menjana mood happy dan kecergasan berterusan yg disumbangkan oleh perut yang gembira.

Sekian.

Wednesday, December 22, 2010

srot sret srot sret bunyik ape?

sel hidung aku meradang dan banyak mukus keluar. makan chipseco kebab pun tak rase ape dah. buat penat je keluar pusing pusing sizotrese street carik chipseco macam orang ngandung ngidam, tah pape je aku kalo dah nak tu nak jugak. nasib baik raihan ade. dapat 2 bungkus je yang kecik. oh takpe sebab bukannye boleh menikmati pun. hihihi. haih skarang nei memang musim orang selesema. srot sret sroot sreett je bunyik dalam kelas tu. style tak bunyi orang sedut mukus hidung? hehehe. style kan. terima kasih ahmad fuad sebab topupkan hidung eh henfon saya. kalau tak, tak jumpa lagi dah nombo 0133104*5* atas dunie nei. hish sedih betul kisah henpon di perantauan. ok dah sambung assignment balik. ye, umbilical cord. best woh! tau tak sebenarnye placenta itu besar? sekarang baru faham kenapa orang sebut anak itu darah daging kamu. sebab memang darah dan daging daripada ibu pun. oh, emak, i love you tiada akhirnya. abah jugak, sebab tanpa abah, apalah jantinaku? kikiki. oh abah, i love you hingga hujung nyawaku hingga ke akhirat juga. ok sebab sayang mak ngan abah, kene sambung assignment dengan serius. serius serius!


terimalah placenta dan umbilical cord dari inche google.
sekian, selamat malam. =)

Friday, December 17, 2010

Aktiviti Rempit Hari Khamis

Ish ish ish....

Takde kaitan pun sebenarnye tajuk ngan isi entry ni.. Heh

Semalam hari Khamis. So aku pergi kelas dengan hati yang riang walaupun kelas dari pukul 8 pagi sampai 4 petang. Pulak tu belajar pasal pedigree, hape-hape tah. (hoi, kau cakap hape-hape? nanti soklan tu lah yang keluar exam) Sorrylah, aku memang quite annoyed sikit dengan medical genetics. Jangan salahkan aku eah, aku ada hak tanak suka die. (Ceh, asek asek hak, asek-asek hak sejak belajar human rights kan, LMAO). Hari Khamis maknanya cuti the next day! Yay!

Macam biase, habeh je kelas terus tahan teksi suruh pakcik bawak laju-laju biar sampai rumah cepat. Sampai rumah, naik lif bukak pintu rumah, bukak pintu bilik, bukak suis laptop, bukak (mesti rase cam nak lempang sebab kene bace ayat nei kan). Yay! Marathon movie! I loike...!!

  1. Death Bell-cite hantu korea, masyuk ahh Kim Bum yang berlakon Boys Over Flower ada. (kawan aku cakap, aku tak kenal die, tapi die memang cute! Ngahaha)
  2. Adamaya episod last. Owh cerita melayu pun ade sweet nye jugak. Sape yang suke cakap cite melayu loser? Tangkap dieee.
  3. Toll Gate Girl-cite zaman tuk kaduk baling selipe masuk bawah katil. Oh cerita ni paling best!!!! Best sekali, duhh! Ni cerita time aku darjah 5 agaknye. Jaman hempon gabak-gabak besor belaka. Amy Mastura ngan Rashid Salleh berlakon. Besttt!!

Ok, 3 cukup. Ko nak banyak-banyak? Nggak bisa kok.

Tuesday, December 7, 2010

Impiana

Aku nak balik Malaysia dan buat semua benda ni:-


  1. Belanja keluarga makan as frequent as I can. Tempat wajib ialah Seoul Garden, Damai, Johan dan rumah sendiri. Oh tak lupa jugak, nak masak hari-hari sampai orang confuse ni sape yang masak ni? Mak bukan kerja ke? Wahahaha.

  2. Kemas barang-barang dan hias bilik baru lawa-lawa. Nak English style decoration. Wah wah wah bukan mahen haku ni! Biar sume cousin-cousin aku yang perempuan kecik-kecik tu jealous.

  3. Kilatkan rumah biar semua orang macam terkena silauan X bila tengok rumah tu. HAHAHA. Senang cite lalu depan rumah Encik Abu kene pakai spek hitam, kalau tak mata terbakar. Wooo takut gila! Macam cite hantu dah.

  4. Bawak Pak Jero dengan confident sampai orang laki takut nak pandang. Kalau boleh kite buat Road Bully sekali pada lelaki yang drive kat sebelah.

  5. Buat taman kat luar tu as in tanam pokok yang berbunga colour striking striking baru naik seri rumah pengantin 5 tahun lagi, wahhh ini paling aku semangat!

  6. Pergi rumah Balqis, borak-borak, tengok album-album lama, gosip-gosip banyak eh tak kite panggil die sesi meng catch-up bukan kicap, panjang gila ayat ni takda noktah pulak tu.

  7. Aku tak nak jadik bibik dah, tapi aku nak jadi anak solehah. Tolong kemas rumah, masak dan buat kerja-kerja yang abang ngan adik-adik aku tak hingin nak buat. Ohh tuhan, banyak tu, banyakkkk....

  8. Study subjek second year. Hahahaha ni tak boleh blah memang laaaa. Dah dekat malaysia pun nak study gak. Ko balik Alex skang! HAHAHAHA. Tak la, kang berkarat otak tu sape nak jawabkan pekse? Study group, yeah. Syahir, kau kena bersiap sedia ajar aku segala biochem mak nenek, ok!
  9. Borong satu MPH. Tak cukup MPH, Popular pulak. Lepas tu borong Jusco pulak. Lepas tu ok dah takda lepas tu lagi. Aku bukan shopaholic sangat unless kalau keluar ngan budak 3 horang tu, hai memang kempis jek purse. Oh rindunye kat mereka. Padahal ade je kat floor ni. Taraguna tiqah.

Dah, aku malas nak berimpian banyak sangat. Karang tak kesampaian, kecewa tahu. KECEWA! Ok dah lah tu. Cukuplah. Aku takkan mengupdate untuk mungkin seminggu. Lepas tu korang bersiap-siaga lah terima update berzuta-zuta. Oh lupa nak cakap. Tadi makan zalabiah. Macam cakoi lebih kurang tapi die buat style kecik kecik macam cekodok. Kenal tak cakoi? Ala cakoi yang cicah sos cili tu. Tak tahu takpe lah, kamu tetap kenyang seperti biasa kan.

Wednesday, November 24, 2010

I love saratoga

Eei sejuknye. Tangan dari pagi tadi tak penah dok panas. Sejuk je manjang. Keluar dari toilet lepas amek air semayang lagi la sejuk. Mandi lagi lagi laaaaa sejuk. Tapi masih amek air semayang dan mandi seperti biase. Wajibul ghunnah. Sejak tidur bersaratoga ni, waktu tidur aku makin extended. Apekes? Tidur bersaratoga memang la satu nikmat dunia bagi makhluk-makhluk kesejukan macam aku.

Dalam hati ade luka yang agak dalam. Sebab tuan punye hati terpisah dengan kawan baik dalam seksyen. Ish tak suka la. Benci. Aku benci! Aku tak boleh la. Kawan baik adelah satu komponen penting dalam hidup aku. Tapi takpela. Mungkin dah tibe masa aku train diri aku hidup seperti orang kebanyakan. Keh keh keh. Yela, sebelum ni aku dalam golongan orang kekurangan yang perlukan pemimpin untuk lintas jalan maut depan U. Ish care aku cakap macamla, kawan baik bertugas untuk memimpin tangan melintas jalan maut depan U. Haha, tak tak. kawan baik lebih dari tu. Diorang pemimpin kita dalam segala aspek. Malas lah nak tulis pepanjang. Lu pikirlah sendiri.

Next week akan start la hari-hari yang memuramkan tanpa kawan baik dalam praktikal class. Suka! Suka! Suka! Dalam hati masih berdoa supaya ditukar lagi senarai nama itu. Hek hek hek. Memang la memang tau. Aku orang 3 terakhir dalam seksyen baru ni tau. Maksudnye kalau nombor giliran aku bawah sket memang selamat la dalam seksyen sebelum ni. Tak perlu pindah-pindah. Kene jadik budak baru lagi. Malu ah. Haha, masuk seksyen baru pun nak malu ea. Ya mesti la wajib malu, okek. Kalo tak malu jangan jadik pompuan. Macam tak kait, tapi tolong kaitkan. Ah papela. Emosi tak betul.

Saratoga.......saratogaa.......I'm freezing, babe.

Tuesday, November 23, 2010

Tag dari Ain Neyia

Apa benda yang paling penting dalam hidup korang ?

Benda ea bukan orang? Benda? Air.....Ok?

Benda Terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?

duit mara kira duit sendiri kan. Haa senang je ni. Tshirt ade hood beli kat Perimoda semalam!!! Suka suka

Adakah korang bercinta sekarang?

Nope. Mengintai-intai saje. Hahaha. Gatal sey. Mane ade la. Ish no no no

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Hingga akhir nanti, kau tetap jadi pujaan-Alleycats mari.....LOL

Dimana korang akan jumpa kekasih korang?

Ape ni asek kekasih je dari tadi. Kat atas dunia la. Kat Alex? Hahaha. Ok tak tau tak tau.

Novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?

Shopaholic and Baby. Tadi nampak Reader's Digest. Ingat nak beli sekali harga 32 genih. Kensel!

Apakah nama penuh korang?

Minah Salleh binti Celup Celup

Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra ?

Dua-dua pun rapat. Kecik ngan abah. Dah besar ngan mak kot. Tua dengan laki...??

Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?

Sape ekk? Tak tau la. Takda feeling ah. Sekarang ni rasa nak jumpa mak, abah, syahir, fuad, ali ngan mur. Ngan sume orang kat kampung. Sedara-mara. Haaa senang citer aku nak balik Malaysia!

Di manakah tempat yang korang betul2 nak pergi?

O Man, aku nak gi Korea! Jepun! Tapi skang ni aku nak gi Johor Bahru, Johor, Malaysia. Boleh?

Pilih salah satu, peluk atau cium?

Hahahahhaa. Ape ah soklan ni. Geli. Fullstop.

Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang ?

Ain Muin. 1. Dia ni teror math. 2. Dia ni sangat sensitif. Tapi paling best time die mood keibuan. Boleh nangis weihhh. 3. Die pernah cerita pasal musang pandan yang meninggalkan bau pandan kat rumah die. Haha, sampai skang aku ingat citer kau ni geng.

5 benda yang korang sayang sangat2 dalam hidup korang?

Benda kan. Bukan orang eah. Aku sayang laptop, Quran tafsir hijau aku, Jam mak(ni paling sayang, tiada tolok bandingnye), vaseline cocoa butter vitalizing body oil, dan the body shop strawberry body polish. Hahaha, aku mengarut la, kawan-kawan.

bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?

26th Nov 1992. Tahun lepas sambut kat sekolah. Terima kasih banyak kat Jeehan yang arrange birthday meal ngan Dorm Hajar Crews sebab membuat surprise party! Amy Cu Are...!!!! Kau sangat aku sayangiii....!!!! Hahaha. Makan nasi goreng pataya memalam buta ramai-ramai kan. Bestnyaaa.....

Monday, November 22, 2010

Bukan karutan semata

''It's ok to online every night even when you are in the middle of hectic study schedule. But on one condition. Make sure your study time is longer than your online time. It will be fair then in accordance with the priority which is to study and to excell and to conquer both. Drugs that internet offer is hardly refused, I must say. It's addictive. It's all on us to decide how to control.''

Hehe. Agak-agak apesal aku letak bendaklah kat atas ni? Sebab kan. Sebab kan. Hehehe. Malu ah nak tulis. Tapi nak tulis gak sebab tiba-tiba rasa tak malu. Hari ni gi kelas cam biase. Naik teksi masih 4 genih. Cam biase. Cuma dah masuk modul baru la. Ok sume pun dah tau. Takyah citer lagi.

Pastu tadi balik dari kelas gi tengok Harry Potter yang ke tujuh nye. Keh keh keh. Tu lah die. BUKAN MAIN lagi! Sangap gila la kot nak tengok citer tu. Sampai tersorong-sorong dalam mimpi. Oh main kasar nampak. Jadi nak tak nak terpakse la tengok. Kalo asek tengok dalam mimpi tetiap malam bukankah bosan namenye. Jadi gi la tengok. Tak jauh, belakang asrama je. Sinema Amir. Ewah macam cikai bunyik tapi boleh la. Well aku bukan seorang yang mementingkan status sinema. Asal ade kusi, bersih dan sound sistem yang bagus, aku ON saja mah...

Jadi kesimpulannya malam ni, aku dah tengok Harry Potter and The Deathly Hallows. Kamu bila lagi? Hahaha.

Tidur makin lena tanpa gangguan Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint. Alhamdulillah......=P

Sunday, November 14, 2010

Good night people

O'you
When emotion strucks
The sun turns clouds
The clouds turn rains
And I here feel the rush
Deep in the veins

O'you
When this time comes
You feel like crying
The whole heart out
So that nothing upset remains
And happiness comes again

But this gonna take some times
Of efforts and feelings
The sudden change of emotion
O' don't let it drag you
Though it's hard
It's worth trying

This emotion spurs in yourself
Being torn up to the utmost
Should I stand this sudden change
For the next freaking 6 years
And not to forget another half year?
Should I?

O' I know this is not going far
For I'm sure this kinda vain
For writing in this form
Hahahaha so not me ea

But everything in this world
Is supposed to be tried
So why don't try?
Ah and please exclude
Those not-worth-trying stuff
Should I hand you examples?
You know yourself deep inside that
Juicy brain of yours

So now, I will just stop
Babbling and ranting
For tomorrow holds so many things
I'm going after the joy of life
Please, the pure joy include Him in your list
Enough for now
For I'm sure many are annoyed here
Reading some ngongek worth-trying stuff
Good night, people.....

Saturday, October 23, 2010

Ngomong-ngomong

Lamenye tak cakap-cakap ngan abah. Rindu dah ni. T____T

Tadi nak skype, abah kate kat KL. Lain kali baru boleh. Sedihhhh...... T____T

Pastu tadi skype ngan abang. Tengah-tengah skype die stop. Kate nak call balik. Tapi, tak de call pun.



Jadi............................................................




aku perlukan KFC

Saturday, September 4, 2010

Cerita bus takde motif

03/09/10, 2328 hr:

Location: Transnasional bus upper seat.

Yuhuu, mari pulang ke rumah!!! Aku dalam perjalanan balik dari KL ke JB.

Aku sedang bosan tak tau nak buat ape dalam bus. Kat sebelah ade hambe Allah tak tahu jantina laki atau pompuan. Tapi aku suspek die pompuan. Tomboy, yeah. Rambut blonde boy haircut, specky, topi ferrari merah cover muka nak tido. Motif aku memberi detail dia???

Ni dah kali ke satu kosong kosong aku naik bus kalo nak kire dari zaman form 1. Koh3, ade mu kesoh?? Tapi aku tahu ade orang lagi dah jemu naik bus. Tengok bus sudah tak jakun. Lagi mahu muntah ade. Sebab dia pegi balik keje naik bus aje. Takpe, usaha gigih eskalator kejayaan. Hek3.

Aku sedang duduk kaki herot ngale ke lorong orang lalu sebab orang sebelah kangkang besar gila. Haih. Belakang ade beberapa gadis India yang bising pastu henpon kejap2 bunyi lagu tamil. Best gilaaa...Silent mode can ah ha??

Harapan nak tengok tivi dalam bus pecah berkecai menjadi kaca halus. Baru sat tadi tv jenis lipat tu membuka lipatan menunjukkan skrin macam canggih gila. Tetibe skrin blank kaler biru. Apa kes??? Tidakkah aku berasa keciwa di situ?? Fine, tidur the escapism.

Oh not really. Kerusi keras cam batu. Bukan port baik untuk lelap. Lantas aku hantar SMS ke sedari Sabrina, si pengubat jiwa kacau aku.

''Sabo je la eh dok atas kusi keras. At least bus tu masih ada air cond and tempat duduk kan''

Terus sejuk hati aku. Terus boleh tidur. Kan dah kate, die memang sahabat yang sangat baik you could ever ask for. Hihihi. Aku rindu kau jugak la Cik Sabrina hoi. Heee.=D

The end. =D