Showing posts with label Tiada kategori. Show all posts
Showing posts with label Tiada kategori. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Hari-hari masak.

Sekarang pergi kelas, kat celah-celah kuku warne kuning. Macam geli tapi tak. Sebab semalam jenuh selet kunyit kat ayam. Pastu, orang datang, makan, pastu habis. Esok pergi pasar, beli ayam lagi. Pastu jalan sorang-sorang kesian gile aku rasa, balik rumah. Pergi dapur, basuh ayam pulak.

Persoalan: Ni nak masak ke nak belajar?

Jawapan: Untuk belajar perlukan nutrient yang mencukupi. Nutrient terbaik datangnya dari masakan yg berkhasiat contohnya ayam goreng. Maka, memasak adalah perlu untuk menjana mood happy dan kecergasan berterusan yg disumbangkan oleh perut yang gembira.

Sekian.

Thursday, September 8, 2011

Jangan ah berdrama swasta ngan aku.

Aku sedang tengok citer Witch YooHee kat Ntv7. Ingat tak citer ni? Alaaa, yang pasal lady boss ngan orang gaji die tu. Sengal oh citer ni. Aku rase nak bako je si Moo Ryong ni ha.

Kotu dah la ade girlfriend. Pastu ko gi duduk dengan ladyboss tu pulak. Ko sangat lah tak empati pada girlfriend ko. Ko hengat girlfriend ko tak jeles ke ko asek dengan ladyboss tu 24 jam? Oh em gee, kalau aku dah lame break up oh. Tak koser aku nak share share ngan pompuan lain. Haha emo pulakkan. Tapi biaselah. Drama. Kalao tak de bende bende mengemosikan mcam ni tak jadi drama lah die. Kan?

Eh tapi aku tak kire! Aku emo gile ngan si Moo Ryong ni. Name pon mcm lembu. Moooo. Kahkahkah. Kesian la kat Sheung mi tu. Sheung mi, ko janganla jadi innocent sangat. Nak understanding sangat dengan Moo Ryong tu. He will definitely leave you if he sees other woman constantly. In fact he relieves the ladyboss tension, even giving his shoulder to cried on to that ladyboss. Anda butakah? Tiada matakah? Tiada mata hatikah? Ohhh silelah tinggalkan lembu itu cepat-cepat kalau tak mahu hati tercarik kecewa.

Eh again. Terlebih sudah. Ini drama, kalau takde elemen bongek ini bukanlah drama name die. Aku memang ah pantang gile tengok manusia lembab nak buat move macam dlm drama. Nak nak sinetron. Sinetrin ah paling aku anti.

Tapi tulah. Anti anti tengok jugak. Hahaha. Biaselah. Manusia. Kalau takde perangai-perangai pelik macam ni tidak interestinglah bukan. Hahaha.

Sekian sahaja report aku hari ini.

Saturday, July 2, 2011

Aku Mahu Cuti 2 Hari

Aku malas nak kejar masa. Aku memang pemalas. Aku rasa tak organize langsung sekarang ni. Aku perlukan cuti 2 hari untuk kembali kepada keadaan asal aku yang hyper dan bersemangat naga. Apa naga-naga neh? Gahhh, aku rasa sangat geram ngan diri aku sebab taknak buat benda yang sepatutnye aku buat sekarang. Ceh, semua orang melalui fasa ni dalam hidup. Ahhh, penat conteng engkau la bloggie. Tapi aku mahu jugak conteng engkau. Untuk melepaskan kegeraman yang datang entah dari benua mana merasuk aku malam ni. Ayat aku pun dah jadi susah untuk difahami. Aku tak harap sesiapa pun baca benda ni. Lagi rasa bersalah ada lah, kalau ada orang baca benda mengarut  ni. Sorry kalau kamu terbaca. Aku sedang bingung sekarang ni. Aku rasa nak shut down kepala aku ni. Dan cuti 2 hari. Tak lama, 2 hari je aku perlukan. Aku perlu refresh kembali minda dan badan aku. Tapi, esok ada kelas! Dari pagi pukul 8 sampai 12 tengahari. Ahhhh, ini semua gara-gara bius tadi. Bius tadi mengubah hidup aku. Benci lah!!! Ahhhhh....Perempuan memang kuat emo. Ye, aku  faham sekarang. Sekian sahaja.