Thursday, May 3, 2012

New House

Assalamualaikum.

Weeee. Just connected to the internet after been in a week of social network deprivation. Ceh takbleh blah ayat HAHHA.

Aku dah pindah rumah! Yay! Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Sebenarnye susah jugak pindah rumah ni. Nak nak pindak rumah 'fadhi' (kosong). Kene beli katil, peti ais, cupboard semua kene beli sendiri. Tilam mintak tolong budak laki belikan. Yang lain semua beli sendiri. Dgn penguasaan arab yg hidup segan mati tak mahu, kitorang leklek je gi beli barang semua. Alhamdulillah settled dengan jayanye. Muahh I love myself! Eh.

Banyak benda aku belajar bila pindah rumah ni.


  1. Belajar deal dgn mood orang yg turun naik. 
  2. Belajar deal dgn mood diri sendiri yg macam buaya dalam sungai. Luar nampak tenang tapi dalam macam taufan Katrina. 
  3. Belajar pasang katil sendiri. Ni paling brother omagad macam tak percaya dgn diri senirik wehuuu! Betul la kawan aku cakap pasang katil cam pasang lego. Sangat lego indeed. Sampai luka luka jari masuk splinter kayu tu. Lebam kaki terkena kayu penyokong katil tu. Ahh tapi tak kisahlah. Itulah pengalaman. Ko penah ke pasang katil? Tak penahkan. Aku pernah...HAHHAHA lepasni boleh bangga, yes!
  4. Belajar bersabar dgn orang arab yg garang tak bertempat, marah tak bertempat. Tuan rumah aku skang ni baba (lelaki) makanye sangatlah 'brother'. Dahla pakcik ni pure betul ciri-ciri arab die. Lengkap pakej dari badan bosa godang, suara bak halilintar, hisap rokok 10 kotak sehari (okay exaggerate), suka ludah merata, tapi anak die comel sangat! Ahhhh aku boleh pingsan. HAHA. 


Nama anak die Ziyad. Same dengan nama sepupu aku. Dulu masa baru-baru kenal dengan Ziyad, die introduce diri die dgn malu malunye:

I am Ziyad.
I am seven. 

Ya Allah.....comel sangat! Aku kan honestly, aku berani cakap ngan baba tu kalau Ziyad ade je. Kalau Ziyad takda aku takut. Bahhahaa baba tu garang la. Dah la besar. Aku tak boleh la. Ha ni problem yg perlu aku adapt cecepat.

Yelah, kedai baba ni kat bawah rumah aku. Everytime keluar rumah, kalau nasib tak baik, mesti jumpa baba ni. Awkward la tahu. Baba ni ada adik. Adik dia super duper garang. Aku ade issue ngan adik baba ni sebenarnye. Diorang ni okay je tapi yelah kite mana biase ngan orang arab yg keras ni. Diorang have this kind of intonation which could make asking mere question turns out like police interrogation. No seriously. I've been there.

Baba aku ni protective sangat. Bagus jugak. Tapi takut jugak. Haritu masa budak laki tolong angkat barang kan, esoknye, die tanya aku

'semalam tu sape yg datang? awak ingat tak dalam akad cuma ade kamu berempat je, budak lelaki tak boleh masuk rumah, kenapa jiran jiran kata macam ada 40 orang kat rumah awak semalam? awak tahu tak tuan imarah ni marah sbb kamu bising sangat?!'

Please la, kalau die paham bahasa melayu dah lama aku bagi hujah 30 minit straight. Apeke bijak sangat die expect orang angkat barang to be diam seribu bahasa. Diorang pun nak melepaskan penat dgn berbual sesama dorang like 'weyy penatnye angkat barang hari ni, aku rase aku dah turun 2 kilo, wei mok aku dah tak kenal ko lahhhhh ko mok ke?' dan sebagainya.

Tapi apelah daye aku sbg manusia berlidah melayu sejati. HAHA. Takpelah, tu cerita lama. Aku malas nak ingat benda-benda sedih macam ni sedangkan aku ada 1001 benda yg lebih bermanfaat utk diingat, kan. So, lepas ni buat biase je sudah ngan baba tu.

//

Aku taktahu nak tulis ape dah. Tadi aku skype ngan parents pastu ngan abang aku. Lamenyee tak tengok muka orang tuaku. Serious kangan oo! Lepas skype tu aku dah tak ingat nak tulis ape dah kat sini. HAHA. Ok lah itu sahaja.

Aku nak exam 7 mei ni. Doakan okehh. Ye aku tahu, asyik periksa je. Nak buat cemane kan. :D
Sekian, wassalam.










4 comments:

  1. mak aih sarcastic gila hahahahah. nk dtg rumah baru :P

    ReplyDelete
  2. hahaha. yeah jemputla datang. nanti bawak bola si farisha, jgn lupe k. hehehe

    ReplyDelete
  3. letak la gambar rumah baru. nak tengok dgr kate lawaaa :)

    ReplyDelete
  4. upsiee. kite takde gamba rumah la. tgk kat fb fatin ea. :D korang kalau nak datang, sila lah. :D

    ReplyDelete