Saturday, September 3, 2011

Eid Fitri 2011

Assalamualaikum.

Teehee. Ape kabar semua? Sihat? Dah puas dah korang bercuti kat kampung? Aku ni raye ketiga dah kena balik rumah dah kerana bondaku bertugas. Kesian mak kena kerja pagi-pagi sedang aku dan abang dan adik-adik masik mempeluk teddy bear masing-masing. Kuikuikui. Yelah, UTM kan nak sambut students baru, so kena lah mak aku kerja siapkan klinik tu ape yang patut. Budak-budak UTM silalah kenang jasa terpencil mak aku ni. Eh macamkan ada je budak UTM baca blog picisan budak jemok ni? Kahkahkah!

Dah dah. Aku nak mencoret perjalanan raya aku tahun 2011. Alhamdulillah, tahun ni aku beraya kat Pontian, Johor. Belah bapak aku. Nenek aku tak berapa sihat masa puasa tu. Tapi Alhamdulillah first raya tu dia macam segar sikit. Dapat le keluar bilik tapi tak dapat ambik gambar ngan kitorang macam selalunye. Doakan beliau cepat sembuh ye. =)

Muka-muka budak tidur peluk teddy bear di pagi raya. Pink kaler gitu. Aku saje jek dok menyempit kat celah abang ngan adik aku. Ape orang kate tu? Trick nak nampak kurus? Haaa tu dia. Ya, bergambar juga perlu ade teknik-tekniknya. Barulah photogenic. Kalau main hentam saje, hasilnya nanti kita tengok kat bawah sikit aku tunjuk.

Family portrait versi tidak formal. Oh, yang depan sekali budak tecik pompuan tu bukan adik kite ea. Itu sepupu only. Tapi sudah dianggap seperti adik kandung juaHAHAHAHAHA. Nama dia Adylla. Bijak budak ni. Kegemaran dia adelah permainan scissors, paper, stone. Yang jadik mangse aku! Dah 24 jam ngadap budak ni main scissors paper stone. Nasib baik lah menang. Kalau kalah bisa gugur air muka aku!

Raya ke-3 barulah semua orang cukup kat Muar ni. Barulah amek gambar raya. Selalunye kan raya first. Kitorang lain sikit, raya ketiga gituh. Ni kampung belah mak aku. Dekat je ngan sekolah lama aku SMKA Maahad Muar.
Gambar tidak formal. Ibu aku ni kelakar orangnya. Beliau nak buat love macam Korea tu lepas aku pujuk rayu tapi tak berjaya. Entah mana silapnya. Yang jadi adelah 'ok' sign mamak. Dan aku yang sedang becok cakap 'mak, macam ni lah mak' memberi tunjuk ajar macam terer dan sebenarnye memang terer. Tahahaha.

My two heroes. Aiman and Jemok. Jemok kurus kan. Yang kanan tu. Tapi aku takda kira semua tu. Jemok tetap Jemok! Tahahaha. Eh marah orang nama Taha! Sorry. No pun intended. =P

Ain. Budak ni kelakar jugak orangnya. Pandai bergurau gitu. Kecik-kecik dah pandai bergurau bukan main lagi. Ni adik Aiman. Haritu, aku tanya Ain.

"Ain...!!! Ain apa kabar? Sihat?''
"Sihat. Sihat meletop ha!" sambil buat muka comel.

Kahhhhh. Sihat meletup die kate?!! Ayat gandingan yang boleh tahan. Aku ingat dalam jamban je boleh meletup, rupanya sihat pun boleh meletop. Kahkahkah. Fazira, Nabilah, adekah korang masih ingat apebenda yang meletup dalam jamban tu? Hahaahhahaha. Ok, mari keluar dari toilet dan mulakan kehidupan baru.


Cucuk langit. Ni kan kampung moyang sedara aku. Ha, lebih kurang gitulah. Kat Merlimau, Melaka. Aku suka sangat datang rumah atuk ni. Nenek sebenarnya. Tapi aku laki pompuan aku taram atuk. Supaya adil. Huahuahua. Ok, dah. Rumah atuk ni kan, unik kau. Dia banyak guna tanggam je. Yang macam kat bawah stokin panda adik aku tu. Ce tengok. Kat atas ni gamba kat beranda dia. Dari dalam rumah, kalau nak pergi beranda kena naik tangga yang super curam, kau. Nak gecabut jantung aku dibuatnya masa kecik-kecik dulu. Skang ni dah besau, aku dokle takut sangat cam dulu  tu kan. Tapi aku suka la rumah atuk ni. Suka sebab dia klasik gitu. Kat dapur atuk ni ade satu vespa (alah motor org dedulu tu). Vespa tu aku rase kalo jual kat muzium harga tinggi boleh tahan. Tapi heppp jangan dijual! Simpan duluk. Pastukan ade gayung tempurung kelapa tu. Walaupun dah lama, gayung tu still kukuh seh. Aku hayun hayun sikit tak bunyik. Peh ar arwah Tok Long aku ni. Skill menggayung eh menukang beliau terbaik. Even aku tak pernah bersua muka, tapi kehebatan terasa. Aih ayattt..... Al Fatihah...



Haaaa inilah dia muka aku yang tak photogenic tu. Kahhhh lawak muke aku dalam gambo ni. Tapi tak kisahla. Ade rupa ngan mak aku tak? Ade kan, ade kan. Hehehehe. Aku lah anak mak. Tahahaha. Ngan tudung herot nye. Ni kat beranda rumah Tok Long (P) aku ni la jugak. Cantik ek die punye lubang-lubang kat kayu tu. Ehhh tak habis lagi rupenye pasal rumah Tok Long (P) ni ha. Harap bersabar. Dulu masa aku umur 2 tahun, aku kena chicken pox. Habis satu badan kene. Pastu ayah aku hantar kat rumah Tok Long mintak ubatkan. Alhamdulillah, bi iznillah, aku pun sihat. Masa aku salam nak balik tu, dia cium-cium nye ha tangan aku. Bekas chicken pox tu dulu kot. Nasib baik takda sangat bekasnya. Huhu. Tok, tok. Atok ni lah satu-satu sedare saya yang ade aura tarik hati saya. Rasa dekat je ngan atok. Kat rumah atok, sikit pon saye tak segan. Rumah orang lain, jangan harap saya nak hentam dodol satu mangkuk, tok. Sayang atok. Semoga Allah panjangkan usia Atok, Al Fatihah. (Ei, boleh ar sedekahkan Al Fatihah untuk orang yang masih hidup)

Sekian sahaja coretan raya saya tahun 2011. InsyaAllah tahun depan raya lagi. Hehe. Panjang betul entry ni ek. Nama pun raya. Panjangle kisahnye. =)

Wassalam.

4 comments:

  1. jmban melet0p???
    hkyat mne nih???XD

    ReplyDelete
  2. helehhh buat tak ingat pulakkk. takpe nanti aku bitau ko ok. hehehe

    ReplyDelete
  3. tiqa! aku tengok ko macam kurus la..jeles aku!! hehe

    ReplyDelete
  4. aahahah ni ko puji, dah kembang balik dah...heishh sia sia diet aku....=p

    ReplyDelete