Sunday, April 3, 2011

Kisah Si Rojak pun Bermula......

Hai, cakap pasal rojak ni, rindu pulak lah haku nak makan rojak ha. Kat sini takda tauhu, sorry. T______T

Aku adelah kekeringan idea nak mengisi ape kat blog ni. Tapi hari ni aku adelah nekad untuk isi jugak walau ape jenis sekalipun takda aku kesah selagi aku isi dia. Hoi, cakap waras sikit boleh tak?

Berhenti jap, minum air kotak vanilla Mix.

Sambung.

Aku lama membiarkan blog ni terbengkalai bukan suka-suka. Tapi sebab line internet adelah sangat slow seperti nak mampus (ops) gamaknye sejak dua menjak ni. Ni lah akibatnye bile kite berkongsi broadband ye, kawan-kawan. Bila dah reach limit nye, maka say goodbye pada speedy internet. Nak tunggu sign in blogger pun boleh buat solat dhuha dulu, ya Allah punye lah lame ha nampak tak nampak tak? Tapi engko hidup di sini bukanlah sebab mahu online saje, bukankah? Eh betul jugak cakap kau tu. HAHHAHAA. Akhirnye dah kembali pada sense yang wajar. Tapi dalam keadaan genting macam semalam, memang membawa hangin satu badan, aku bilang pada kau.

Apa-apa pun peristiwa tak dapat video calling dengan family semalam memang menguji kesabaran aku sebagai pengguna broadband. Macam nak gigit-gigit aje modem ni tau. Pastu buang dalam tong sampah. Membuat aku  kecewa adelah doser paling besar sekali dalam hidup aku, engkau tahu itu? Tak tahu, aku beritahu sekarang. Nak nangis tau semalam. Benci betul la. Last-last aku fed up dengan line internet, aku mintak diri dulu daripada keluarga. Malas aku nak tunggu lama-lama depan laptop macam kucing menunggu tanduk tumbuh atas kepala. Erk. Atau lebih kurang itulah. Malas lah nak cakap. Nanti aku kena lap keyboard ni, adalah tak cool.

Pastu aku godek-godek laptop, bukak file-file usang, delete gambar-gambar tak menutup aurat (ceh), tiba-tiba aku terbukak pula cerita Personal Taste. Ah sudah. Aku adelah ketagihan kalau bukak cerita korea ni. Memang benar lagi tepat. Aku layan cerita Personal Taste dari maghrib sampai pukul 2 pagi. Tengok tu, tengok. Tak sayang nyawa tau. Esok kelas pukul 8 pagi pulak tu. Aku tido 4 jam je maknanya kalau tak salah kiraan matematik aku yang makin luput skill nya ni. Kerja gila betul. Tapi 'still standing' dalam kelas tadi. Nasib baik antibody kuat. Kaitan? Sebenarnye nasib baik hari ni kelas sampai pukul 12 tengahari je. Kalau tak masak jugak aku dalam lecture. Alhamdulillah alhamdulillah....=)

//

Semangat patriotisma dalam kalangan orang Mesir makin kuat lepas revolution hari tuh. Merata-rata diorang lukis gambar bendera Mesir. Kat dinding kaki lima, kat pokok pun diorang paint. Kebanyakan kereta ada sticker Revolution Rakyat 25 Januari. Pastu jalan mana-mana, orang Arab suka tanye;

''What do you think about the revolution? Do you think it's good?''.

I cakap je la 'No comment'. Hahaha.

Manader lah, ingat I artis ke you, nak cakap camtu. Gelik tau. Hahahha. And and and they really adore Tun Dr. Mahathir. That is a fact. Ada sorang pakcik teksi ni cakap camni tau;

''Mahathir is good. I want him here. We will be happy.''

Penuh tatasusila pakcik tu speaking tau. One more fact, taxi driver kat Alex ni can be a person with good job tau even pakai selekeh selebet je. Sebab diorang punye gaji kecik kan, so terpaksa buat 2 kerja. Pernah sekali tu kan, kawan aku tahan teksi nak pergi manatah. Pastu pakcik tu tanye;

''Where do you exactly want to go?'' Cehlamak pakcik. Hebbak mu....Rupa-rupanya dia grad in Computer Science kot. Ha engko jangan nak taram speaking omputih kutuk-kutuk ea depan taxi driver Alex. Hati-hati sikit please..

Ahhh ha, aku dah puas bercerita. Tunggu next entry aku bersiaran lagi. Byebye rakyat blogger sekelian!

2 comments:

  1. ala...kesiannya tqah..meh sini guna broadband kita...hehe :)

    ReplyDelete
  2. hahaha. ok ok. nnt kite pinjam tyme nak skype k.

    ReplyDelete