Showing posts with label Gigi-gigi. Show all posts
Showing posts with label Gigi-gigi. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Heater dan Ulcer

Sobsobsob.

Sakit sungguh ni. Tangkap leleh ni. Aku ade ulcer kat mulut. Aku rasa aku dah cukup air, tapi mungkin ulcer tu rindu nak tengok aku, so die pun melawat ah kan. Atau ape-ape lah kan. Hehe. Ok, orang kate rawatan paling berkesan utk ulcer ni is GARAM. Ada yang kumur air garam, ade yg hardcore kuat semangat, tenyeh garam terus kat ulcer tu.

Aku ni tergolong dlm golongan hardcore sbb aku nak cepat baik.....dgn izin-Nya. Maka, aku pun letak la garam. Huish, pedih sungguh la haaaa. Bergenang-genang air mata aku. Ceh, tadi kate hardcore kan. Nangehhhh?!!! HAHAHHA.

Keputusannya? Yeah, the ulcer makin kering, bebeh! Seronok nye haku.

Tapi......

Like heater like ulcer. 

Nasib sakhonah aku dgn nasib ulcer aku tiada bezanye. Lepas satu baik, satu pulak sakit balik.

Sakhonah
Aku baru tukar sakhonah elektrik. Huuuu kesyurgaannn. Kenikmatannnn. Kesukaannn. Tiada lagi kegigilan kegigilan dipagi hari. Weeeee. Pastu sakhonah dah ok, tetibe lubang air bawah sakhonah tu pulak tersumbat. Tak ke potong line namanye tu?! Nak mandi tak boleh terus straight mandi mandi mandi. Kene pause kejap kejap bagi air die turun. Eh emo kan!

Ulcer. 
Ulcer aku dah beransur baik. Pastu tadi jumpa Dr Amr nak buat crown kan. Pastuuuuuu. Prosedur die buat kan lainnnn sangat dengan kat Malaysia. Kat sini die takda bagi temporary crown. So, aku macam gongak (rongak) satu gigi geraham. Nak makan pun selow selow je. Oh tapi kes ni ade bagus nye jugak. Kurang sikit aku makan kan. Hahahaha. Kite tengok ea...
*Eh mesti korang tak clear mcm mane die boleh gongak satu gigi kan. Takpela, tak payah paham pun takpe. Ni rahsia geng-geng mahkota! Huhauau. Ok tak lawak.

Em apelagi ek. Oh, tadi aku tak datang seksyen! Pharmaco ANS. Bebudak seksyen 9, ana nak join seksyen entum ok.... (ana ok punyelah sopan aku mintak kebenaran ni sape tak bagi memang ahh takde hati LOL)

Okdahbai!

Salam 'alaik guys.

Wednesday, September 21, 2011

Penjelasan pade semua kesakitan ini.

Sangat sastera tajuk dia. Ehem.

Bila aku tengok post-post aku yang lama, aku ni memang betullah kuat mengarut. Nak-nak bila banyak masa terluang macam sekarang ni. Tapi kengkadang aku ni busy lah jugak. At least better than zaman dolu-dolu (padahal waktu lepas habis SPM) langsung tak keluar rumah. Sampai jiran aku confuse aku ni dah habis sekolah ke belum.

Aku just nak cakap kat sini, yg aku ngan rasminya dah buat root canal treatment. Like orang tua sahaja. No la. The problem is in my blood. I have Leong's premolar. Doktor siap tanya lagi awak ni ade darah cina ke? Aku angguk jelah sbb agak dekat sumber kecinaan aku ni yakni daripada nenek aku. Kalau nak tahu apebenda RCT tu and Leong's premolar, silalah google utk faham dgn lebih lanjut.

Aku memang tak pernah perasan pasal benda ni ada kat gigi aku. Sbb tak pernah aku rase any irregularity waktu makan or anything. It just came up suddenly, out of the blue, before my final exam. Gile ah genting waktu kemunculan kau neh, sakit gigi. Orang lain sibuk study, aku busy carik musyrif nak jumpa dentist. (eh yeke?). Tapi aku redha je la. Dan aku hutang besar dgn satu orang ni yg sentiasa ye teman aku everytime pergi jumpa dentist. Thank you sahabat Nur Raihan Che Roslan.

The treatment costed a lot. And only now i realised as i experienced it first hand that health is expensive, so keep it well. As I am still a manja daughter of Mr Abu, he still paid the fee for me though I insisted to pay with my scholarship. He said this is an investment of him in me. And then he advised me to study well and work well.

Now, i have solid reason to study very well. (macamlah before ni tiada?)

Tonight, after dinner, aku macam terasa rasa nak makan popcorn. So i was begging my dad to drive me to perling mall. Yeah saya memang mengada-ngada gila ade lesen taknak bawak kereta. And at first i got rejected. Kesian, tapi aku dah pasrah awal-awal. Aku pun baring atas katil diorang sambil mengenang nasib. Ate tetibe, aku dengar mak cakap ".....bla..bla...dah termenung...nak nangis dah tu...." I supposed she was talking abt me?

Hihihi. It's true! Gile hexcited aku! Abah ajak pergi perling mall.

Dapat lah aku semangkuk besar popcorn malam ini. Hai, cuti ni memang byk menternak lemak. Tapi aku yakin, balik Alex nanti pasti (pasti) hilang semua lemak ini aku nyahkan dari badan aku. Hohoh. I wish!

Ok dah tuje. Aku gembira cuti kali ni sebab rasa macam anak tunggal. Kahkahkah. Mengada-ngada kan. Alah bukan selalu..

Sunday, July 17, 2011

Kesiankan aku?

Assalamualaikum.

Aku terasa mahu menconteng pagi ni.

Ye, pagi ni adalah pagi yang damai seperti pagi-pagi semalam hendaknya. Tapi malam tadi, bukanlah malam yang perlu dikenang-kenang bagi aku. Serasa mahu mentendang katil kuat-kuat Hiarghhhhht (?) apa benda aku conteng pada pagi yang damai ni?

Hm aku macam nilah. Aku tak sihat. Seperti orang lain. Kesian kan aku. Semalam aku masih mentelan 2 biji paracetamol seperti malam kelmarinya. Kesian kan aku? Aku sangat kesian dengan perut yang tak pasal-pasal perlu digest paracetamol tu. Eiiii kesiannya aku!! Malam tadi, aku tak bisa mentutup mata untuk tidur. Sebab aku mentahan kesakitan. Aku pergi toilet. Masuk bilik balik. Aku tengok jam handset. Pukul 1.43 am. Bila aku boleh tidur ni? Bila? Aku teragak-agak nak makan ubat. Sebab aku tak pandai makan ubat. Saluran makan aku sangat limited saiznye untuk menelan pil begitu sahaja tapi untuk mentekedarah bukanlah satu masalah pula (?). Jadi, apa yang aku lakukan ialah, aku kunyah-kunyah pil tu dan telan dengan seksanya. Hampir suku botol aku habiskan untuk telan pil tu sedang orang lain satu teguk sudah memadai untuk mentelan 6 pil sekali harung. Kesiankan aku?

Aku sangat sedihlah dengan diri aku. Aku nak cepat sihat! Aku taknak sakit ini! Tapi ustaz tafaquh cakap kalau kita sakit dan kita sabar, Allah bagi pahala. Dan aku seperti hamba Allah yang lain mestilah nak pahala. Ya, aku pilih pahala!

Jadi, aku nak sabar!

Sekianlah contengan arang aku pada pagi Ahad yang damai ini. Semoga aku cepat sembuh dan kembali hiper!

p/s: Kalau aku tiba-tiba diam dengan siapa-siapa, aku mintak maaf. Aku sedang tahan sakit. Kesiankan aku? Harap faham.

p/s: Tak sabo tunggu malam ni. Nak nyanyi lagu Sebiru Hari Ini. Best gila lagu tu. Sape tak penah dengo, pi download sekang jugak weih.

Monday, July 4, 2011

Raksasa Berpuaka

Assalamualaikum.

Aku pening. Dengan masalah politik kat Malaysia. Dan takda siapa pun boleh terangkan dengan tulus. Kan. Baca blog ini, cakap macam ni. Baca blog ni macam tu. And akhir sekali, aku tak dapat jawapan yang aku nak. Dan terus aku tersedar, aku tak sepatutnya fikir pasal benda ni. Aku sepatutnya belajar tentang itu red blood cell, granulocytes, platelets dan anak-beranaknya. Yang itu-ini itu-ini biar aku baca di kemudian hari. Balik Malaysia nanti?

Wah, cerita pasal Malaysia tanah tumpah tergoleknya aku dari basikal buat pertama kali, dah terbayang-bayang rumah aku (read: rumah bapak dan ibuku), bilikku, katilku, saudara-maraku, sahabat dan kawan-kawan aishhh tak habislah nak cerita pasal Malaysia ni. Terlalu chenta dan sayangnya pada negara Malaysia itu. Heee. Tapi itulah, ada orang tak tahu bersyukur. Macam gunting dalam selimut. Macam duri atas katil. Bersedia  untuk mencucuk bila-bila masa kita baring (percaya) dengan dia. Ehh lagi sekali. Aku sepatutnya belajar Human Rights sekarang ni. Hehehe.

//

Oh ya. Bosanlah aku cerita pasal benda yang tak tahu jawapan ni. Macam buat soalan Addmath masa form 4 dahulukala. Tensiiiii!!!!! Kahkahkah. Jom cerita dentist.

Tadi, second appointment with my dentist to do the final filling. Aku punya sengal tadi, aku cakap kat doktor lepas rinse mulut;  ''Dr, my mouth hurts from opening too long.'' (skema gila inggeris aku)  Pastu nak tahu doktor tu buat ape? Dia urut muka aku. Kat bahagian rahang tu. Kahkahkah. Baik kan baik kan. Serious ah. Aku nak jadik cam dia ah. Dah la friendly. Baik pulak tu. Mata coklat. Muka putih. Apa lagi. Kahkahkah. Nak tahu tak, time die buat filling tu, muka die rapat gila ngan muka aku. Aku macam ''Oh noooo..!!!! why u so rapat to me haaa? Kahkahkah. Dah nama nak buat gigi geraham memang le nak kena masukkan kepala dia dalam mulut aku. Eh tetibe rasa aku macam seekor ular sawa yang rakus. Kahkahkah. Oh lupa nak cakap. Dentist tu pompuan eh pompuan. Nasib baik pompuan wei. Tak kose kite kalo die jantan awak niiii.....

Tu lah ceritanya. Aku ada lagi 2 gigi nak kene tampal. Ahhh I can see my money go away flying from me. Sobsobsob. Siapa suruh tak jaga gigi? Eh hello, I jaga ok. Pastu mungkin dah takdir kan. Mungkin jugak sebab aku selalu kecoh kat orang gigi aku hebat. Yelah masa kat sekolah dulu, nurse yang check gigi tu bagi aku A tau. Dia kata gigi aku chantekkk sangat. Kahkahkah. Mungkin aku terlalu berbangga dengan  kecantikan dalaman ni sampai gigi terlubang pun tak sedar. Kahkahkah. Apala musibatnya bila berbangga ni.

Ok dah. Sambung cerita sekolah pulak. Yok, kembali ke sekolah, ayoooo! Lagu kasut New Era ingat lagi aku. Haha.

Start dari Saturday ni, weekendku akan sentiasa dipenuhi oleh wajah-wajah handsome si peperiksaan. Mula-mula sekali, si gedik Human Rights. Next week, aku ada peperiksaan Clinical Skill. Dia nak tengok cara-cara aku amek darah orang ngan cara-cara cucuk jarum masuk air tu. Phewittt gempak kan kitorang. You belive me ke? I kantoi you only maaaa mana ada lah. Itu advanced sangat tu. Tahun 1 ni cuma history taking, pulse counting ngan temperature measurement je. Itu je. Kalau setakat history taking tu, dengan soalan anak-anak dah kahwin belum aku tanya. Meroyan orang tua tu nak jawap. Kahkahkah. Tipu saja....Dah tak boleh jadi lebih busy body ke hahhhh ? Hahahahah.

Hitung punya hitung (cewahh) dah tinggal lebih kurang 5 minggu je before balik summer break ni. Aku adalah excited! Dan cuak! Sebab Exammmmm!!!!

Bulan 7 adalah bulan berpuaka tahun 2011 ini. Penuh dengan examSSSS! Budak-budak Cairo, Tanta, Mansoura, Zaqaziq semuanya dah balik. Budak Alex je masih terikat kat meja study tak boleh pi mana-mana......*buat muka mampuih keras kejung. Kahkahkah. Kitorang kena study! Study! Study!

Sebab nak dapat excellent! Excellent! Excellent!! Fuhhhhh semput sebab terlalu semangat. Kuikuikui.Result Good aku pasti ditukar ke Very Good sekurang-kurangnya! Excellent lagi baguihhhh. Mak Pak gembira je tengok nanti kang.

Tak sabar! Aku mahu pulanggg...!!!! =)

Mak, Pak, tunggulah daku.....!