Tadikan, tadikan (bace gaye Joyah) kelas aku habis awal gila...Kelas start pukul 2. Patutnya habis pukul 4 tapi kitorang nye kelas 25 minit je tadi. Caye tak caye tak? HAHAHA riang gumbira hati aku. Ape orang kate, kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Fuh, bangga nenek aku dengar cucu dia berperibahasa. HAHAH.
Berbalik pada pyemia ni kan.
''It is the circulation of septic emboli in the blood that get arrested in narrow vessels, leading to formation of multiple abscesses (nanah).''
Ha, ngeri tak ngeri tak? Ngeri kan. Ko bayangkan ko hidup cam biase, berjalan dan bercinta seperti biase tapi dalam mase yang sama dalam badan ko ade bende bulat sedang berenang tunggu masa untuk tersekat kat saluran darah sempit. Pastu tetiba ade beberapa biji nanah kat hati kau. OMG, cuak kan. Tapi benda ni boleh dirawat InsyaAllah cepat sembuh tapi adik-adik, korang eh kita kena sedar bahawa;
- hidup ni tak lama. Sakit pun datang tiba-tiba jaman moden sekarang ni.
- banyak benda yang sedang bergerak dan berenang-renang dalam badan kita ni tapi kita tak tahu baik ke tidak benda tu. Allah je tahu. Uhh terror nya Dia! Kagum! Cakap Subhanallah sekarang.
P/s: Aku jeles kat kawan aku tiga orang ni. Diorang makan kat FuddRuckers bertiga je tak ajak aku pun. Mendatangkan amarah ni. Mentang-mentang kelas habis awal kan. What? FuddRuckers tu apa? Oh, nanti aku cerita ek. Lepas dah siap urusan-urusan seri paduka baginda ni, nanti aku cecite lagi. Jumpa lagi semua orang! Jaga diri!
No comments:
Post a Comment